Entry: Cabaran Didik Anak Tuesday, January 28, 2014



Assalamualaikum,

Bila dah ada anak time inila baru terbayang mak saya... saya mempunyai adik beradik yang ramai iaitu 8 orang. Dengan mak saya bukanlah suri rumah. Mak bekerja dan menguruskan rumah tanpa maid. Bayangkan macam mana mak kita handle kita dulu, boleh ke kita?? But yes, mak saya mulut memang suka membebel, kalau duk umah teres tu, selang dua tiga buah rumah memang boleh dengar suara dia menjerit kat kami adik beradik.. saya tak tipu, sebab sampai ada satu hari tu jiran kami time tu sound kat saya dan adik "Dah pergi balik mak dah panggil suruh balik tu" huhuhu...memang dengarlah suara dia menjerit time tu. kami ni nama je semua perempuan(adik beradik saya 7 perempuan 1 lelaki) tapi perangai boleh tahan gak melawan... biasalah kan perempuan, selalu perang mulut, tarik rambut semua... heeeee.. kalau lelaki lain pula peel nya. huhuhuhu... tapi mak sekarang dah slow down. Mungkin sebab kami pun dah besar2. Dah takde dah tarik2 rambut, perang2 mulut bagai... Alhamdulillah Berkat doa ibu saya, adik beradik saya semuanya lulusan U. Belum ada lagi yang tercicir pelajaran. In shaa allah...

 

Tapi bukan itu yang saya nak cerita. Tapi saya nak cerita, boleh ke saya jadi macam mak saya? Boleh ke saya didik anak2 saya nanti sampai semuanya berjaya tanpa ada seorang pun yang tercicir.. cabaran untuk ibu muda(mudalah sangat) seperti saya dalam mendidik anak dalam dunia IT serba canggih ini...haish..... Susah nak kawal kehidupan anak zaman sekarang, kalau dekat rumah kita boleh kawal tak nak anak terlibat dengan gadjet2 ni semua, tapi dekat sekolah, macam mana kita nak kawal. Confirm2 tengok member ada, dia pun akan "terminta" juga kan.

 

Saya ingat lagi member saya bercerita perihal anak buah dia. Anak buah dia ni bersekolah di sekolah biasa, tapi disebabkan area sekolah tu dikelilingi oleh rumah2 banglo, jadinya budak2 yang datang sekolah tu antaranya budak2 'loaded' la juga. So satu hari tu, anak buah dia bagi tahu dekat kakak member ni, "Ibu, semua kawan 'me'(bukan nama sebenar) ada handset, bila 'me' nak ada handset?" boleh bayangkan budak tahun 1 minta handset? huhuhu... time ni ibu aka kakak member tadi menjawab "Wah, kecil2 lagi dah nak ada handset? takde2 tu kawan 'me', biar dia, tapi 'me' tak boleh!!" Mujur anak dia jenis dengar kata Alhamdulillah, dibuatnya anak dia jenis yang berguling2 atas tanah sebab tak dapat apa yang dihajati, tak ke naya jer... huish... Tu baru budak umur 7 tahun tu. Bayangkan yang dah berumur berbelas tahun. Boleh ke saya menolak permintaan anak saya nanti?? ishhh... sekarang pun dah bagi dia tab, aduiiii...

 

p/s : Susahnya jadi ibu. Kena semangat yang kental dan of course tegas. :p

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments