Entry: ~Firzan 10 month old ~ Friday, January 24, 2014



Assalamualaikum... Alhamdulillah, Muhammad Firzan Shah dah pun 10 bulan. Cepatnyer masa berlalu. Perkembangan so far so good. Dah start berdiri lepas2 tangan. Pernah jugakla dia telupa kot, terlangkah 1, 2 langkah. In terms of berat badan, mak aka nenek firzan kata dia sangatlah ringan. Adeh... x cukup makan ke dik.. tapi kalau makan terlebih mesti dia membuang. Erm.. takpe, kita tungga hari rabu adik firzan pergi check up eh..

Lagi perkembangan dia yang ketara sangat2 dah berani turun katil, sofa sendiri, dah start memanjat-manjat sofa, rocket semua. Dah pandai ambil benda kecil2 menggunakan jari penyepit. Dah pandai pas mainan dari tangan kanan ke kiri <- nurse yang perasan ni, mummy tak perasan... muahahhaaa... sorry ye dik...

Dia dah berani turun-turun tangga... bukan naik tangga, tapi turun pun dah berani.. dah pun tersungkur.. bahaya. Padahal mummy dah pasang pagar, tapi sebab pagar tu mummy tak ikat, dia tarik  pagar tu.

Paling suka mengemas album-album dengan majalah2 mummy. Macam abang juga, suka masuk dapur main periuk belanga mummy jugak, suka ketuk-ketuk periuk tu, makin kuat bunyi makin rancak dia mengetuk. Lagi satu suka main beg plastik. aiyyoooo... Kat mana lagi nak sorok pun tak tahu dah... haishhh...

Mulut makin riuh bercakap. Ada je benda dia nak membebelkan. Bebel sesorang huhu.... tapi still tak kenal atuk dengan nenek. Kalau lama tak jumpa, confirm menangis bila sesekali atuk nenek datang rumah nak dukung dia. Sangatlah suka dengan daddy, kalau daddy ada, berkepit je dengan daddy, kalau tidur malam pun sama, kalau nampak daddy, mau nyer dia bangun tengah2 malam buta nak main dengan daddy... haishhh...adik...adik...

P/s : lagi 2 bulan dah pun setahun. Cepat betol. Dah start melangkah-melangkah sikit-sikit.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments