Entry: ~ Firzan Shah 9 month old ~ Friday, December 20, 2013



Assalamualaikum....

Lambat betul update pasal perkembangan firzan masa 9 bulan ni. Actually not much to say... everything goes as smooth as it should be. Alhamdulillah...

But something to be remembered, dia dah sangat expert memanjat tangga... pantang lepa sekejap, dah sampai atas dah dia panjat. Makin di acah, makin gelak2 dia kat atas tangga tu. yang bestnyer, mummy tutupla tangga tu macam mana pon, dia pandai cari lubang nak panjat ke atas. haihhh.. macam mana daddy??? kene pasang gate jugak ker??? daddy kata nak pasang gate.. tapi ntah bileeeeee la tu... firas pulak asal adik dia panjat je dia panggil mummy... tq abang tolong mummy tengok-tengokkan adik... susah jugak mummy kalau abang firas tak ada..

Lagi perkembangan dia yang ketara, dia dah pandai panjat2 kerusi,meja semua dah... dah tak bole makan dengan gumbiranya di atas sofa, sebab dia dah start pandai memanjat sofa... huhu... seronok tengok dia berusaha nak memanjat tu...berusaha tangga kejayaan ye dik... tapi tak expert lagi. sokmo terjatuh...ihik ihik..

Firzan adalah peminat tegar rancangan Hi-5. dia boleh duduk diam sampai cerita tu abis..lagi satu cerita mickey mouse club house pun kegemaran dia jugakkk... sokmo bergaduh dengan abang, nak tengok cerita abangla, tak nak cerita adikla... lantak korangla... mummy nak tengok cerita mummy gak.... tak kira.... korang g main... hehehe

p/s : Cepatnya anak-anak membesar. rasa terlalu cepat masa berlalu... rindunyer nak pegang baby lagi...

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments