Entry: 11.12.13 ~ Happy 3rd birthday abang firas. Wednesday, December 11, 2013



Assalamualaikum,
11.12.13 ~ Alhamdulillah abg firas dah pun 3 tahun. Cepatnyer lahai masa berlalu. Macam baru semalam je dia berusia setahun. Makin notty, makin charming, makin handsome, makin cerdik dari sehari ke sehari. Sangat senang disuruh. Tukang ambil remote, pampers adik, tuala adik, ketip kuku adik, tukang siram pokok mummy, tukang buang sampah, tukang vacuum tukang jaga adik, main dgn adik sampai adik melalak, tukang sepah pun dia, tukang kemas pun dia.. eh... semuala.. hehehe.. maknya jadi mandor jer.. senang keje kan...


My little gardener.


Tahap keaktifan tak pernah berkurangan, memang stok tak duduk diam kecuali tengok tv. Suka main otomen, lego, suka kaler book. Tak faham mehh.. kata orang kalau tengok tv anak jadi selenge, tak aktif, tapi firas ni rasanya tengok ke tak tengok ke sama je aktifnya. Rasanya tengok tv tu dapat kurangkan sikit keaktifan dia. Yo la, kalau tidak adik dia jadi raksasa, dia jadi otomen, keje mummy satu pun tak boleh buat sebab confirm2 adik dia melalak2. Kang org ingat mummy dok dera anak pulokkk... macam mana la tak melalak, dia buat adik dia macam kudala, tarik kakila, angkat adik dia, tindih adik dia dengan bantal...memang tak boleh biarkan kalau dengar adik dia melalak, sbb takut kot2 ada benda lain yang berlaku. Tapi aktif2 pun alhamdulillah, firas bukan jenis suka kacau orang atau bergaduh dgn org. Kecuali org tu cari pasal dulu dgn dia. Yang tu memang kena penumbukla. Huhu...self defend daddy dia kata..

Kalau keluar rumah tab memang wajib. Kalau tak kereta tu jadi tempat dia bergayut, ala... bergayut kat tempat pegang tangan kat atas tu.. tempat yang selalu guna tuk gantung baju tu... haa..... anak korang ada mcm tu tak? Kalau naik mpv atuk dia, depan belakang, depan belakng dia berjalan, naik rimas atuk nenek dia. Memang semua orang akan geram nak pegang dia sebab budak ni tak boleh dipegang, nak jalan jerrr... nak berlari jerr... ada je benda dia nak buat, sampai kalau tetiba dia terpause sekejap, mesti atuk dia akan cakap, di tengah dok fikir nak buat apala tu?

Korang pernah tengok tak budak berlari dekat food court, main ball dekat food court, main belon... haaa... kalau ternampak, anak sayala tu, padahal tab ada jerr saya letak atas meja, umpan dia tuk duduk je kat meja tu... tak jalan okeh...nampak sgt dah boring dgn tab tu, padahal kat rumah memang saya tak bagi langsung dia sentuh tab. Tab is mummy's property, dia tahu mummy dia nak work using tab. Huhuhu.. seb baik taktik ni berkesan. Memang dasar budak otak ligat. Ada je benda dia nak buat. Tapi..kalau firas takde, rumah jadi sunyi, takde suara kecik panggil mummy daddy, takde gelak ketawa, mummy jadi rindu, daddy jadi mati kutu. Tu yg berpuluh kali atuk ajak balik pun daddy tak bagi, sebab anak daddy sangattt kan... teman berlawan dan bergusti daddy... firas otomen, daddy raksasa, mummy lion, adik meowww...ha... sape ajar firas mummy lion? Nampak no kegarangan mummy. Ishhhh....


Ni tangan otomen dia kata...

Normally kalau shopping pulak, most of the time memang bagi dia buat keputusan dia nak biskut apa, air apa.. so far his choice acceptable. Air vitagen, air sustagen, biskut tiger, biskut chipsmore. Tapi biskut mayat yang ada gula tulaaa feveret dia. Pelikkkk sgtttt ko firas...bagi biskut lain yang lagi sedap tak nakkkk... nangis mummy makan biskut mayat tu tau....haihhhh... pagi tadi pergi ppum pun ada makcik tu cakap, pandai cakap budak ni.. huhu.. ke sebenarnya dia nak cakap becok betol budak ni tapi dengan cara yang lebih berlapik... ahaks.. but true... doktor pun cakap dia punyer otak ada sikit berbeza dengan budak normal, cerdik dan bijak. U should be proud because he's so clever. Erm... Ke doktor ckp mcm tu sebab nak tenangkan hati mummy? Hahaha... whateverla... nanti saya bagi tips macam mana nak detect tahap kecerdikan atau kecerdasan baby/toddler.


Naik atas kerusi, nak amik angin dia kata...

Orang paling banyak bertanya dan bercerita. 
"Mummy buat ape? "
"Mummy, tadi ayash nampak cicak....cicak jalan-jalan...ha..."
"Daddy tadi ayash siam okok...best..."
"Gula-gula tak nak... nanti gigi patah.. nanti tikus datang gigit gigiiiii...."
"Atuk takde gigi. Tikus gigit". Muahahahaha...
"Mummy...mummy... ayash buat otomen..."
"Ni car ayash...ni cara adik".
"Mummy ayash dah bangun".
"Tak nak air sejuk, nak air panas". Pandai dah memilih nak mandi air panas jerrr.
"Tak nak air ni, nak air ribena". Sape ajar dia minum air ribena ntah?
Apa mummy nak buat kalau awak takde?

Panjang lebar cerita pasal firas. Dah lama tak membebel pasal firas, sekali membebel...hambik... hehe..

Happy 3rd birthday abang firas... We love u so much.. semoga membesar menjadi anak yang cerdik, pandai, bertanggungjawab dan soleh.


P/s : Contoh budak terlebih buat programming masa pregnant.


   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments