Entry: Kerana wang manusia hilang akal. Tuesday, December 10, 2013



Aku tak tahu, kau tahu ke tidak?
Atau kau pura-pura tak tahu?
Tutup mata, tutup telinga,
Supaya kau boleh makan hasilnya?

Kau tahu benda tu haram, kau tahu benda tu berdosa,
Tapi kau hendak jugak, dek kerana ketamakan,
Kau fitnah sana sini,
Akal waras mana yang kau guna ni?
Kau tak sedar ke apa yang kau buat?
Kau tahu tak doa orang yang teraniaya tu diangkat terus ke langit?
Kau tahu tak tiada panghalang bagi doa itu?

Dulu kau kawan,
Demi mencari secebis ilmu,
Sama-sama susah berhujan berpanas,
Tapi sekarang kau jadi lawan,
Dek kerana duit haram itu,
Hati kau jadi panas,
Penuh dengan hasad dengki,
Hati kau mati.

Yang ni lagi satu,
Anak kat rumah dah sakit mental fizikal,
Tapi duit haram tu jugak yang kau cari,
Duit haram tu jugak yang kau kejar,
Dengan duit tu jugak kau bagi anak bini kau makan,
Dugaan macam mana lagi yang kau mahu?
Ujian macam mana lagi untuk buat kau sedar?
Adakah kau tunggu kaki kau bersimen, tangan berbalut,
Baru kau boleh duduk diam berfikir apa yang kau dah buat?
Selagi tak terkena dekat diri kau, apa kau pedulik kan?

Aku harap kau cepat-cepatlah sedar,
Bukan untuk kau dan famili kau jer,
Tapi untuk keharmonian famili aku,
Sebab...
Aku tak nak ujian seumpama ini,
Aku tak nak ada kawan seperti ini,
Dan aku tak nak benda ini memberi kesan kepada famili aku.

Please stop.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments