Entry: My hectic daily life... Wednesday, December 04, 2013



Assalamualaikum...

Dah beberapa hari asyik ujan aje. Hari ini pun ujan gerimis dari semalam tak berhenti menandakan musim tengkujuh dah pun tiba. Cuaca sangatlah sejuk, ala-ala dekat cameron highland. Rasa-rasanya kalau tanam strawberry ni hidup x ek? Hehehe..

Oleh kerana hari ini hari mencuci sedunia, so, walaupun cuaca sejuk, kerja-kerja mencuci tetap diteruskan. Kang x cuci ada pulak orang yang tak pakai spender kang... ehhhh..hehehe..ok. Lepas breakfast which is breakfast pau jerr.. tu pun pau segera beli dekat tesco, senang tinggal steam je 10 minit siap, boleh makan, kerja mencuci pun bermula. Semalam firas terkincit dalam seluar, habis tilam dengan cadar. So hari ni pulun cuci semua. 2 kali trip jer pun. Oklah.. sementara tunggu cucian siap, layan budak2 main. Sementara budak2 leka main, kita sidai baju 1st trip. Lepas penat main, tidurkan budak2 pulakkk...

Tengah hari oleh kerana budak2 tido 2 jam jer, adik jalan dulu kol 11, abgnya kol 12 baru tido. So after tidokan abg firas saya ada 1 jam je sebelum pukul 1 adik firzan bgn tido. So hari ni masak express... huhu.. ikan dah siap2 bawak kluar pagi tadi time breakfast. So lumur2 ikan dengan kunyit+garam, balut dgn daun pisang, letak atas kuali leper, kita bakar. Sayur pulak lagi simple, terung potong 2, lumur dgn pepper+garam dua2 belah pastu boh sekali dalam kuali leper dgn ikan tadi. Tutup kuali nak bagi cepat masak dalam dan tinggalkan sekejap sampai terung masak. Sementara tu sidai kain 2nd trip kat belakang. Dah siap, masuk balikkan terung dgn ikan, masak terung sekejap. angkat, tinggal ikan masak sekejap.

Masa untuk buat sambal pulak, masukkan cili boh, garam, gula, belacan dgn serai. Boh je sekali senang... pastu tunggu masak. Senang.. x sampai 30 minit, makanan dah siap. Makan2 pukul 1 pun adik firzan bangun..

Daun pisang dengan serai saya ambil dari belakang rumah(my mini kebun), seb baik en.ed ada tanam pokok pisang. Serai lak beli kat giant, rendam dalam air sampai keluar akar, then kita tanam. So dapatlah serai fresh everytime nak memasak.


Lunch is ready..

Adik firzan, budak yang makin cerdas dan cergas..officially minggu lepas dah pandai panjat tangga. Pantang nampak sesiapa naik tangga mesti dia nak follow. Pastu sangatla suka pergi dapur, tempat sampah dengan plastik adalah tempat feveret adik firzan... ish ish ish.. antara banyak2 sampah jugak yang ko pilih ye dik... dah pandai kejar cat, usap2 cat..


Macam muka sape adik ni?? erm...

As for abang firas, aktif dan ceria macam biasa. Hari tu daddy balik,

Firas     : daddy..daddy.. tadi ayash yam okok...
Daddy   : ha? Apa?
Firas     : ayash yam okokkkkk..
Daddy   : (masih tak faham) ha? Ayam? Apa dia mummy?
Mummy : siram pokok la daddy..
Daddy   : ooo firas siram pokok ke tadi?
Firas     : ha... bestttt... (sambil buat thums up)
Daddy   : best? Firas : ha ah besssstt...

Sekecil-kecil siram pokok tu pun dia kata best.. abang...abang... nampak sangat tak keluar rumah kan... takpe.. yang penting abang firas happy.. sekarang mummy dah ada little gardener.. hehehe.. tq abang firas..

p/s : Lepas ni nak ajak firas main baking2 pulak. Bila yer?? erm..


   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments