Entry: Pencen diawal umur 30 Monday, November 18, 2013



Assalamualaikum...

Hari ini nak cerita pasal pencen awal. Mak pencen awal sebab abah dah pencen dulu dari mak. Boring kot sorang-sorang dekat office tu. Sebab selama ni berdua, tiba-tiba jadi sorang-sorang, siapa yang tak terasa kan..kan..

Saya pula, sebenarnya tak pernah terlintas pun nak pencen awal. Okay, masa mula-mula berhenti kerja, dalam fikiran, takpe berhenti dulu, slow-slow cari kerja lain. Kononnyaaaaa nak cari kerja lepas berehat panjang. Tapi bila dah duduk rumah dengan anak-anak, terus terlupa nak mencari kerja. Langsung tak buka website mencari kerja pkehhhh... Seronok sangat duduk rumah jaga anak-anak. Walaupun kadang-kadang jadi singa betina kan...haipppp...

Daripada banyak-banyak blog saya baca, ramai yang bercadang nak pencen awal, target umur pencen 30. Dan kebetulan pulakkkk, saya berhenti kerja, pada umur saya nak mencecah 30, plus minus lagi 2 bulan nak mencecah 30. Kebetulan sangat kannnn... padahal tak ada plan pun nak pencen. Tapi bila dah kesedapan duduk rumah, nampaknya kita pencen terusla yer... ihik ihik ihik. Oleh sebab saya tak planning nak berhenti, main redah jer, so takdela sangat persediaan rapinya. Tapi alhamdulillah sebelum berhenti tu dapat jugalah menabung simpanan untuk diri sendiri lebih dari 10k. Almaklumlah gaji tak seberapa, 10k jelah yang mampu. Kalau tahu memang plan nak berhenti dari awal, confirm saya menabung lebih dari itu. Entah-entah dapat simpan 30k tak?? Confirm everytime dapat bonus yang tak seberapa tu, saya dump totally dalam simpanan.. hehehe.. tapi takpela.. bersyukur, adalah juga simpanan. 

Bagi saya simpanan penting, sebabnya simpanan bukan sahaja untuk masa hadapan tetapi untuk masa-masa genting. Honestly, masa saya bekerja, bukan takde simpan, adaaaa, tapi most of it habis sebab digunakan pada masa-masa genting inilah.. Contohnya kereta break down,kat situ je pun boleh habis 5k, rumah dimasuki pencuri, Anak sakit, nak beranak.. Sampaikan saya ni menyimpan semata-mata untuk benda-benda itu sajaaaa... bukannya untuk masa hadapan.

Okay, itu satu pasal simpanan, satu lagi yang penting, make sure kita takde hutang yang perlu diselesaikan tiap-tiap bulan. Contohnya hutang belajo ataupun hutang kereta. Saya alhamdulillah hutang belajo takde. Terima kasih kepada jpn yang sudi menaja saya yang malas nak belajo ni. Bukan apa, mungkin sebab saya tak suka nak menyusahkan en.suami kot, kena menanggung kos pembelajaran saya. Hutang kereta pun tak dok. Sebab saya pakai kereta usang jerrr yang dah lama habis bayo.  Kalau gaji en.suami juta-juta, apa saya pedulik kan... tapi sebab gaji tak juta-juta tulaaaa... saya kalau boleh tak nak menambahkan beban yang sedia dipikul en.ed. Pampers anak, susu anak, barang dapur, bil-bil tiap bulan, rumah... erm... banyak beban en.ed rupanya...

Lagi satu kalau nak berhenti, seelok-eloknya adalah income tiap-tiap bulan, tak banyakkkk sikit pun jadilah.. bukannya kita nak shopping tiap-tiap hari kan.. sebulan sekali kottt... Saya bertuah, sebab ada income tiap-tiap bulan, tak banyak pun, adalah dalam 100++ jerrrr... tapi oklah kan, dari takde langsung. Tupun kadang-kadang tak terusik. Siap boleh membeli belah tudung online lagi.. Tu yang wujudnya surie's closetz tu.. ntah pape kannn... okay, bukan tak bershopping, tapi sebab semuanya en.ed dah sediakan+kadang-kadang dia tambah lagi. So usik yang dia bagi jela.. yang dalam bank, simpan jerrr untuk kegunaan bila perlu(contoh sila baca shopping online). <- I like..

Okay, mana saya dapat income ni?? ceritanya lama sebelum saya berkahwin, actually bertunang pun belum, kami dah ada 3 buah rumah. Caya tak??? tak caya??? sukatilah nak caya ke tak.. Dalam 3 buah rumah tu, salah satunya adalah yang kami duduk sekarang ni, en.ed bayar tiap-tiap bulan, lagi 2 alhamdulillah, ada tukang bayar. So tiap-tiap bulan dorang tolong kami bayar kat bank at the same time bagi alowance kat saya.. huhuhu.. best kan...

So kalau rasa nak pencen awal, fikir-fikirkanlah dulu apa yang saya bagi tahu kat atas yer, sebab I've been there. Dah namanya perempuan, kalau boleh tiap-tiap minggu nak keluar berjimba kan <- sayalah tu. Tiap-tiap minggu mesti ajak en.ed keluar jalan-jalan tak kiralah pergi mana, asal keluar rumah, sebab apa?? Sebab dah seminggu duduk rumah jaga anak, penat kottt... + boringggg + sian anak-anak tak keluar langsung.. huhuhu 

p/s : That y saya boleh pencen awal and proudly said, I'm financial freedom.. boleh?? ke rumah sewa tu tak dikira financial freedom??? erm...


                       

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments