Entry: ~ Firzan 8 month old ~ Tuesday, November 19, 2013



Alhamdulillah.... dah 8 bulan pun anak bujang mommy yang sorang lagi ni. Dah banyak benda dia pandai buat.. Yang ketara sekali, dah pandai tolong mommy kemas rumah, kan dik... dah pandai amik toys dalam kotak sendiri. Pastu senyap2 dia main sendiri. Huhu... dah boleh main sorang2.

Lagi.. firzan dah pandai buka laci baju sendiri, pastu amik baju dok kibar2. Ingat koboi ke ape?? Senyap2 je dia buat kerja yer... kalau mommy panggil pun firzan dah pandai datang dekat mommy. Gigi masih belum kelihatan. Tapi berdiri dah stabil, siap dah training lepas2 tangan lagi. Tinggal nak tunggu adik firzan berjalan je lagi.

p/s : Cepatnyer masa berlalu, tahun depan dah nak setahun..erm...

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments