Entry: Wahai hati... janganlah terlalu berharap Monday, February 25, 2013




Wahai hati...
kenapa kau kecewa?
Adakah kau kecewa kerana kau terlalu berharap?
Adakah kau kecewa kerana kau berharap pada sesuatu yang tak pasti?
Adakah kau kecewa bila apa yang kau harapkan itu tidak menjadi?
Adakah kau kecewa bila mereka tidak dapat memenuhi harapanmu?


Wahai hati...
Tabahlah kamu,
Tabahlah kamu menerima kekecewaanmu
Tabahlah kamu menerima dugaanmu
Sesungguhnya DIA hanya ingin mengujimu


Wahai hati...
Berhentilah berharap
Berhenti berharap sesama manusia,
Kerana ia samalah seperti meletakkan leher di hujung pedang
Bila-bila masa sahaja ia akan menikam.
Menikam hati yang sentiasa menaruh berharap.


Tetapi.. Wahai hati...
Janganlah berhenti berharap pada DIA
Kerana DIAlah tempat kita mengadu
DIAlah tempat kita menangis
Dan kerana...
Dia maha mendengar, maha mengetahui
Dia juga maha pengasih
Dia sangat mengasihi kita wahai hati...
Dia juga sangat menyanyagi kita.

 

Berharaplah hanya pada DIA
Insyallah satu hari nanti kau akan dilimpahi kegembiraan dan kebahagiaan.

p/s :

Jangan letakkan harapan pada mereka yang kita tidak pasti kita boleh meletakkan harapan keatas mereka.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments