Entry: Amalan pemakanan untuk mudah bersalin Friday, February 22, 2013



Assalamualaikum..

1. Amalan pemakanan untuk mudah bersalin, saya mengamalkan pengambilan virgin coconut oil, itupun selepas kandungan saya berusia masuk 8 bulan. Sepatutnya kena makan selepas usia kandungan 7 bulan. Saya amalkan satu sudu makan setiap hari, (Walaupun kekadang ada 'skip'). T_T. Fungsinya sebagai air selusuh juga. tetapi di minum sesudu setiap hari sesama kandungan sudah 7 bulan ke atas. Kalau ada sesiapa pernah guna minyak kelapa untuk lulur ke rambut, rasa dia macam tula... huhuhuhu... Saya pernah guna time kecil2 dahulu. embah memang rajin buat minyak kelapa untuk lulur ke kepala supaya rambut jadi cantik dan bersinar.. hehehe...

2. Selain itu juga amalkan memakan telur ayam kampung seminggu sebelum jangkaan masa bersalin untuk memudahkan bersalin. Patutlah masa parent datang aritu, diorang bawak telur ayam kampung banyak-banyak. Tapi tak cakap pula apa fungsi dia. Saya cuma tahu makan jer. hahahha

 

Rupa virgin coconut oil yang saya gunakan.

Boleh didapati di stall2 yang ada di giant atau lain-lain supermarket. Tapi a bit pricey. Saya ada tanya satu stall tu harga dia RM60+. Terus cancel beli. Dahlah tak tahu ke 'originaliti'an kan..Minyak yang ini saya beli dari opismate. RM18 sahaja dan dia beli dari kakak ipar dia di kedah. Insyallah original. Ada separuh lagi untuk dihabiskan

p/s : Banyak lagi petua lain. Boleh google2 cari info...

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments