Entry: Menu sihat Firas Monday, November 07, 2011



Assalamualaikum....
Muhammad firas sejak-sejak dia dah pandai makan, sangatlah banyak dia makan. Kurang dah minum susu. satu hari dalam 15 oz je. Mulut tu asyik menganga je. Tapi badan gitu juga. Susah nak naik berat badan dia. Pagi, tengah hari, petang makan bubur sebab nestum dan baby biscuit dia kurang sikit nak makan. Baby bites ok. Bagi time-time leisure iaitu selang waktu antara waktu makan. Bubur pula saya buat seminggu dua kali je. Sebab buat sekali banyak then simpan dalam fridge untuk di bawa ke rumah BS. Then BS tinggal panaskan je. Hopefully tak panaskan guna microwave lah ye. Sebab dah bagi warmer, warmer jingle jungle tu boleh digunakan untuk panaskan baby food sekali.

Antara menu  sihat bubur muhammad firas shah.

- Nasi semestinya. Biasa 1 cawan.
- Masukkan sayuran yang susah lembut i.e : kentang, carrot, batang sayuran(bayam, kobis,brokoli)
- Then biarkan sampai didih.
- Dah didih barulah masukkan semua sayuran daun i.e : bunga brokoli, kobis, sawi, bayam, tomato.
- Kemudian kecilkan api ke paras paling low dan tutup periuk tu.
- Dah masak barulah blend. Tapi since dah ada gigi ni, mummy tak blend hancur sangat.
- Sumtime masa blend tu saya akan masukkan sekali kurma <- firas sangatlah suka makan kurma. Sebab ada rasa manis2.

Biasanya bubur firas adalah combination kentang, carrot, tomato, bawang putih, bawang besar dan sumtime black pepper/lada sulah(nak bagi rasa)... balik-balik sayur yang sama je <- menu wajib, tomato, carrot, kentang, bawang? sebab sayur2 tersebut adalah sayuran yang tahan lama bila simpan dalam fridge. Boleh masak 3,4 kali round pun tak lembik lagi. Compared to sayuran daun macam kangkung, sawi, bayam, park choi... sangatlah cepat busuk dalam fridge tu. Letihlah kalau asyik kena nak membeli je.. guna pula sikit2 then simpan untuk kegunaan minggu depannya. Then belum pun sampai next week dah pun busuk. Betapa tak tahannya sayur-sayur sekarang ini. Ayam dan daging belum pernah masukkan dalam bubur lagi. Tunggu sampai setahun baru mummy masukkan sebab takut ada alergik. <- mengikut saranan paed.

p/s : Erk.... nampak sangat jarang memasak... cesss....

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments