Entry: Kesan stress terhadap bayi lelaki dan perempuan Friday, June 24, 2011



Kajian yang dilakukan oleh pakar kanak-kanak di Australia menunjukkan bahawa bayi lelaki dan perempuan menunjukkan tindakbalas yang berbeza ketika ibunya mengalami stress. Sejak dalam kandungan lagi, perkembangan bayi lelaki berbeza dengan perkembangan bayi perempuan dan pertumbuhannya juga dipengaruhi oleh keadaan ibunya.

"Bayi lelaki dan perempuan berbeza dalam merespon ketika ibunya dalam keadaan stress sejajar dengan pola pertumbuhan mereka" kata Profesor Vicki Clifton dari Robinson Institute Pregnancy dan Developmental Group.

Ketika dalam kandungan, bayi lelaki tidak dipengaruhi sangat oleh perasaan stress ibu berbanding bayi perempuan yang merespon dengan perasaan ibunya dan mempengaruhi pertumbuhannya.

"Ketika terjadi tekanan lain dalam kehamilan seperti stress, bayi lelaki akan berkembang dengan baik, namun bayi perempuan tidak dapat menghadapinya dan berisiko lahir sebelum waktunya atau benhenti berkembang." kata Prof. Clifton.

Hal ini menjelaskan tentang perbezaan tindak balas dan pengaruh terhadap bayi lelaki dan bayi perempuan telah lama dikaji khususnya pada kehamilan yang mempunyai komplikasi seperti asma, pengambilan tembakau dan stres. Menurutnya, perbezaan pola pertumbuhan itu terjadi kerana perubahan pada fungsi placenta yang dipengaruhi oleh hormon stres, hormon kortisol.

Pada bayi perempuan, peningkatan hormon kortisol menyebabkan pertumbuhannya terganggu, namun pada bayi lelaki, kehadiran hormon ini tidak menjejaskan proses pertumbuhannya.

Maka, hasil kajian ini diharapkan dapat memberi pengubatan yang lebih khusus sesuai jantina bayi tersebut untuk mencegah kelahiran bayi pra matang. Hal ini juga penting untuk membantu doktor dalam menilai perkembangan janin dengan tepat.

Katanya, "Kami mencari keadaan yang dapat menyebabkan perubahan pada pertumbuhan bayi, dan penyebabnya serta bagaimana untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi yang dikandung."



p/s : http://anakkusayang.com/blog/kesihatan/kesan-stress-ibu-terhadap-bayi-lelaki-dan-perempuan

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments