Entry: Ikan siakap steam Wednesday, February 24, 2010




Oleh kerana ada ikan siakap lebih di dalam fridge... so saya pon decide untuk masak ikan siakap masak steam limau.... yummi... sedap okeh... sampai menjilat jari....tapi hubby lak tak berapa suka ikan yg steam2 ni... dia kata nampak mcm tak berselera... tapi saya sangat suka... sbb masak steam ni sangat baik untuk kesihatan... sbb tak guna minyak.... okla... ni caranya....

1. siang ikan

2. rendam dalam air asam selama setengah jam kemudian letak atas piring..

3. letak air dalam periuk besar dan panaskan periuk besar( bagi yg takde tmpt masak steam bole guna cara ini)

4. letak piring berisi ikan tadi di atas mangkuk yang akan dijadikan kaki piring kemudian letakkan atas air dalam periuk besar tadi.

5. tutup kan periuk tadi dan steam sehingga daging ikan lembut.


untuk kuah :

1. amik air rebusan ikan tadi...

2. hiris dan masukkan bawang besar secukup rasa.

3. masukkan 4-5 hiris halia

4. hiris dan masukkan 2 batang serai

5. perahkan 2 biji limau kasturi.(tambah lebih untuk rasa lebih masam)

6. Hiris dan masukkan cili padi 8-10 biji.(tambah lebih untuk lebih pedas)

7. hiris dan masukkan lada merah 1 biji.

8. masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa...

9. panaskan sehingga mendidih sebelum dihidang...

10. Tuangkan kuah tadi ke atas ikan steam tadi.


inila rupa ikan steam saya... kepala je ada... sbb ekor dah kene masak sweet and sour.... huhuhuh

p/s : seronok memasak bila duk umah sendiri.... pas ni nak masak pe lagi ek....

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments