Entry: N93i segalanya dari Nokia Thursday, February 15, 2007



SETIAP kali mengumumkan akan memperkenalkan gajet terbaru di pasaran, Nokia tidak pernah menghampakan.

Barangkali kerana sebab itu jugalah, jenama terkemuka daripada Finland itu kekal sebagai pengeluar gajet paling popular di negara ini malah diyakini di setiap pelosok negara lain juga.

Perihal yang sama juga berlaku kepada produk terbaru mereka iaitu Nokia N93i yang buat pertama kalinya diperkenalkan kepada pengguna 8 Januari lalu pada pameran Consumer Electronics Show di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Ia menerbitkan rasa kagum dan teruja yang bukan sedikit di kalangan penggemar gajet yang menghadiri pameran itu dan perasaan yang sama turut melanda peminat di negara ini apabila model itu dilancarkan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Melengkapkan kegemilangan multimedia daripada siri N Nokia, N93i hadir dengan kelebihan yang lebih membanggakan dengan reka bentuknya yang tampak lasak dan moden.

Ia dipertingkatkan lagi dengan kelebihan teknologi dan perisian terbaru daripada Nokia, antaranya optik Carl Zeiss yang biasanya digunakan oleh kamera profesional serta kamera 3.2 megapiksel dengan pembesaran imej sehingga tiga kali ganda.

Pengarah Kanan Perniagaan Multimedia, Nokia Malaysia, Henry Wong berkata, model terbaru itu hadir bagi memenuhi kehendak pengguna yang mendambakan hiburan sama ada muzik mahupun video dalam erti kata yang sebenar.

"Selain dilengkapi dengan perisian multimedia Nokia yang terkini, N93i juga menyokong kelebihan capaian kepada Internet sama ada untuk mengakses e-mel, melakukan kerja-kerja pejabat secara maya atau memuat turun dan memuat naik fail daripada Internet dengan pantas," katanya pada majlis pelancaran gajet itu, baru-baru ini.

Sumber : Utusan Online

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments