Entry: Qtelmedia tawar khidmat interaktif Wednesday, January 31, 2007




SINEAD O'Sullivan (kiri) bersama-sama seorang kakitangan Qtelmedia menunjukkan kandungan Mobile TV yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.
BAGI mereka yang sudah biasa dengan teknologi Mobile TV, pastinya mengetahui mengenai perkhidmatan TV bergerak D'Channel yang ditawarkan oleh DiGi dan Sport TV oleh Maxis.

Perkhidmatan TV interaktif itu yang mula diperkenalkan pertengahan tahun lalu telah membawa dunia telekomunikasi negara ke satu tapak yang lebih cemerlang sekali gus merancakkan lagi persaingan industri tersebut.

Pastinya, perkembangan teknologi itu didorong oleh kemajuan teknologi multimedia global dan ia dibangunkan dengan jayanya di negara ini oleh syarikat bertaraf antarabangsa antaranya Qtelmedia Group Ltd. (Qtelmedia).

Syarikat yang beribu pejabat di Ireland itu sebenarnya sudah mempunyai nama besar dalam dunia teknologi multimedia sesuai dengan pengalaman dalam tempoh kira-kira 20 tahun.

Menawarkan perkhidmatan kandungan interaktif untuk telefon bimbit seperti televisyen (TV) bergerak, video klip, nada dering dan banyak lagi, Qtelmedia menjalin kerjasama dengan hampir seluruh operator di dunia merentasi pelbagai benua.

Justeru, peluang bekerjasama dengan Maxis dalam menawarkan empat saluran TV khusus untuk sukan iaitu Sport TV serta tujuh saluran menerusi D'Channel bersama-sama DiGi digunakan untuk menawarkan lebih pilihan saluran TV bergerak kepada pengguna di negara ini.

Menceritakan lebih lanjut, Ketua Pegawai Eksekutif Qtelmedia, Sinead O'Sullivan berkata, syarikat tersebut yang mula menembusi pasaran teknologi mudah alih negara ini pada kira-kira tiga tahun lalu memilih Cyberjaya sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi kawasan rantau Asia.

Pusat itu ujar beliau, berperanan menghantar dan menerima data menerusi satelit komersial kepada pelanggan mereka di beberapa negara lain selain Malaysia antaranya Singapura, Indonesia, Filipina, Bangladesh dan Pakistan.

"Pemilihan Cyberjaya ini adalah berasaskan kepada kemudahan teknologi yang ditawarkan di sini selain perkembangan positif teknologi TV bergerak di kalangan operator dan pengguna di negara ini,'' ujar beliau ketika ditemui di Cyberjaya, baru-baru ini.



[Berita Penuh..]

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments