irtsalus
Female
Malaysia
Blogger since 2004

Mine : Thursday 17 SHawwal 1403 A.H.
(28 July 1983)


Hubby: Thursday 2 RamaDHaan 1402 A.H.
(24 June 1982)


Proposal :
04-10-2009 ( 04 syawal 1429/04-10-1429 )

Engagement :
08-12-2009 ( 10 zulhijjah 1429/10 -12-1429 )

Marriage :
18-12-2009 ( 01 Muharram 1430/01-01-1430 )


Simple but obstinate, patient but pushy, tender and soft but stubborn....

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers
   


<< June 2014 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


Disclaimer

This blog speak my mind out,
so if you don't like it, don't bother to read it.
And I don't mind if you don't.
Give respect to others to gain it.





Short term wish List


- buy a baby monitor
- kitchen cabinet
- Guest room furniture
- guest room aircond
- buy water heater
- buy chandelier
- Bathroom accessories
- Wall frame
- Wallpaper/sticker
- Firas's room makeover
- New curtain

Long term wish list


- Plantation land
- Rental property
- New car




.:: mY fRenS LisT::.

|| AzIe ChuMeL || Mama Amani || WaNo || Mc HyE || NasRinA || YaniE || QuiYaH || LauRah || Kak IrMa || Linda mama rania || Uda Ateh || Nurul || Chemiema ||




.:: mY ReaD|nG L|sT::.

|| Sister Alia || mommy-germs || Blog anakkusayang || Blog Saiful Islam || Baby Center || Dunia Susu Ibu || Kelly Mom || My Super Kid || Dr.Muna || Pakar howTo || Feryco ||



.:: mY sHopp|nG L|sT::.

|| My Little Fabulous || Nurul Azham Shop || Little Whiz || Lily SecRet OvEn || Mudah.com || Superbid || Moms Bargain || de`HearT Online Kitchen || clothDiaperMommy ||



.::OthErs s|te L|nk ::.

|| friendster || UTM skudai || MSU Shah Alam || fsksm utm || gallery cybertarp || Abg DiN Pawaka || Photographer Fairus || Rumah Kebaya || g@mespot || Image Shack ||





Berikut produk-produk yang dikaitkan dengan negara yahudi ini:
1. Coca-cola
2. Huggies
3. River Island
4. MC Donalds
5. Clinique
6. Disney
7. Donna Karan(DKNY)
8. Starbucks
9. GAP
10. Garnier
11. Perrier
12. Kotex
13. Sanex
14. Jo Malone
15. Lancome
16. Libbys
17. Tchibo
18. Loreal
19. Mark & spencer
20. Klenex
21. Maybelline
22. Nestle
23. Vittel
24. Revlon
25. Wonderbra
26. Loreal
27. Hugo Boss
28. Ralph Lauren (POLO)
29. Adam Sandler
30. Elizabeth Taylor
31. Nicholas Cage
32. Barbara Streisand
33. Mont Blanc
34. Google/Gmail/Gtalk
35. Fotopages
36. AOL
37. Carefourre
38. Watson
39. Facebook



Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year


How to make a suri
Ingredients:
5 parts success
1 part humour
1 part joy
Method:
Add to a cocktail shaker and mix vigorously. Add a little lustfulness if desired!




.:: OtheRs ::.

Your Ad Here







  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Thursday, June 19, 2014
    Jalan-jalan Perak

    Assalamualaikum.... Jalan-jalan Perak...

    Bersempena cuti sekolah dan musim orang kawen yang lalu.... sambil menyelam minum air... hehe... Alhamdulillah perjalanan lancar, sampai perak baru ujan lebat itu pun sekejap-sekejap.

    Majlis orang kawen dekat parit buntar, gerak hari jumaat pagi sampai parit buntar terus straight masuk penang.. en.ed la ni... kempunan sangat nak nasi kandar line clear. Tempat dia dekat lorong, yang tu yang original kedai dia. Memang sedang-sedang la makan time ni.. dalam pukul 12.30 lunch hour. Memang sangat ramai orang. Photo tak ambil sebab kelam kabut cari tempat dengan budak-budak lagi. Nasib baik firas leka dengan tab... adik dia jela macam ulat nak turun je kerja dia... huhu.

    Dah makan nasi kandar, tak lengkap rasanya kalau tak pusing-pusing penang cari baju dan jeruk. Beli sikit-sikit untuk bekalan kudap-kudapan dalam kereta. Then naik kereta pergi cari mee goreng mamak dengan tauhu bakar en.ed. Unlucky, dua-dua kedai dah tak ada. Tak tahu dia pindah mana. So, balik jela.... nak lepaskan kecewa, kita balik naik ferry... firas kata bot besar... kekeke.... Keluar dari penang terus menuju ke rumah atuk sedara dekat parit buntar. Kami lalu jalan dalam je, sebab rumah atuk sedara tu dekat je dengan pintu gerbang parit buntar iaitu sempadan penang dan parit buntar. Sampai rumah atuk sedara, makan, amik kunci homestay dan layan tidur kepenatan berjalan satu hari....

    Keesokkannya, keluar pagi-pagi pukul 10, sebab owner homestay kata ada customer lain nak check-in... huhu... boleh ek... kalau hotel pun check out pukul 12... whatever la kan... okay keluar terus cari breakfast. Style orang utara, breakfast pagi-pagi terus makan nasi... ada kambing lagi tuuuu...huhu... apa lagi.... terus ngap kambing la kan.... siap breakfast.... terus ke rumah atuk sedara... lepak-lepak.... dah tengah hari... lunch lauk pengantin.... pastu lepak-lepak... pastu blah.... blah ke taiping pulakkkk.... bajet nak jalan-jalan taiping....tapiiii tersangkut dekat pasar kampuchia dekat parit buntar... memang dekat sangat-sangat dengan rumah atuk sedara... so... shopping lagi... pakkal je dah beli baju raya... kalau tak mahu sebat baju raya dekat sini... memang murahhhhhh yang amat..... siap cakap dengan en.ed, tahun depan kita shopping baju raya kat sini la.... kahkahkahkah... nak ke sini minyak dengan tol dah beratus... tak berbaloi nak dapatkan baju murah 10-20 hinggit.... hehehe... okay... off to taiping pulakkk..

    Sampai-sampai ngam-ngam terus ambil kunci hotel. We stay at hotel taiping perdana, solat jamak then set off again. Jalan-jalan keliling tasik taiping... then usha-usha tempat bukit larut (tak naik pun...huh), air terjun... then teruslah masuk zoo taiping... sementara menunggu train, hujan turun dengan lebatnyer. Naik train jela... tak jalan mana... sebab ada orang tua tak larat nak pusing 1 zoo... kekeke...

     

     

    Us

    My lovely family..

    Budak comelll yang sangat behave sepanjang dekat zoo... Lain kali boleh bawak abang firas lagi...

    p/s : Terima kasih banyak-banyak kepada atuk dan nenek yang fully sponsor perjalanan kita kali ini... next time boleh sponsor lagi... kekeke

     


    Posted at 10:47 am by irtsalus
    Komenz!  

    Monday, March 24, 2014
    Kenapa saya haramkan ultraman untuk anak saya

    Assalamualaikum...

    Cerita pasal budak aktif ni, ada beberapa cerita yang saya elakkan firas daripada menonton, antaranya of course la cerita ultraman, ryukendo, power rangers, masked rider dan yang sewaktu dengannya. Kenapa saya tak bagi anak saya tengok? Sebabnya firas ni jenis budak yang aktif dan cepat pick up apa yang disampaikan. Senang nak ajar budak ni kalau kena dengan caranya. Sebab itula ianya diharamkan di rumah kami. Occasionally boleh, tiap-tiap hari is a no. Occasionally tu pun semata-mata nak hilangkan kempunan dia. Itupun lepas tengok... ha... keluarlah semua pencak silat dia yang berterabur tu... erm...

    Bahaya cerita seumpama ini pada budak-budak aktif ini, oleh sebab diorang ni dalam golongan yang cepat pick up, so apa yang diorang tonton dalam ultraman tu, dia praktikkan. Dalam kes firas, dia praktikkan dekat adik dia, tumbuk adik dia, sepak adik dia, angkat humban adik dia, tindih adik dia, tunggang adik dia macam kuda. Sebijik sama macam apa yang ultraman buat dekat raksasa.. Naik fobia adik dia dengan dia. Pantang abang dia dekat, dah melalak. Tapi kalau seminggu 2 tak tengok cerita-cerita seumpamanya, saya boleh tengok perubahan dalam diri firas, kurang main tumbuk-tumbuk, sepak-sepak, humban-humban atau baling-baling barang. Kalau tidak, memang jenuhlah nak ingatkan dia no main ultraman dengan mummy dan adik. Main ultraman dengan daddy jerrr... Ulanglah ayat tu beratus kali sampai dia faham. Nak lagi senang haramkan terus cerita seumpama itu.

    Abis tu kenapa Boboiboy boleh pulak? Ok, cuba tengok cara boboiboy lawan dengan ultraman lawan. Ada beza tak? Kalau perhati betul-betul ada bezanya. Boboiboy pun kartun lawan-lawan jugak, tapi cara dia lawan lain. Cara boboiboy lawan tiada melibatkan sentuhan badan, ataupun body contact so if firas tengok pun, dia cuma akan tiru gaya jer, gaya angin.... gaya petir... gaya lari laju-laju... itu bezanya...

    Lagi cerita kartun yang saya elakkan firas untuk tonton adalah kartun tom and jerry, oggy and cockcroach dan yang sewaktu dengannya. Antara sebabnya sama juga, kerana ada unsur-unsur keganasan yang melibatkan sentuhan fikizal. Tom and jerry contohnya, pukul-pukul kepala tu perkara biasa, yang saya takutkan adalah ianya bertukar menjadi perkara yang kelakar. Cuba tengok tom and jerry atau oggy and cockcroach tu, sedap je dia pukul-pukul lepas tu gelakkan. Cuba bayangkan firas pukul adik dia, lepas tu dia siap gelakkan adik dia yang tengah kesakitan tu, tak ke jadi kes buli. But to be truth, that's  what happen to firas. Pandai kan barat cuba untuk tanamkan dalam minda anak-anak kita bahawa perkara keganasan itu bukanlah sesuatu yang taboo tetapi sesuatu yang fun. Umpama membunuh itu sesuatu yang fun. Pernah tengok cerita hunger games? Macam tula... membunuh itu sesuatu yang fun.

    Nampak macam benda ni simple je kan... ala... cerita kartun je pun...takkan itu pun x boleh.. Tapi sebenarnya ia mendatangkan a big impact pada anak saya. Dulu dia tak seganas itu, tapi bila dah terpengaruh dengan ultraman, asal main je nak tumbuk-tumbuk. Jangan tak tahu, tumbukan budak kecil tu lagi sakit tau, sebab diorang menumbuk dengan sekuat ati... believe me, I know how it's feel.. huhu

    P/s : Biarlah orang nak cakap saya ni queen control. Anak saya, I know better...


    Posted at 02:50 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Friday, March 21, 2014
    ~ Adik Firzan 1 year old already ~

    Assalamualaikum...

    Syukur.... syukur...syukur... alhamdulillah... adik firzan dah pun 1 tahun.... Walaupun hari rabu hari tu pergi check up sekali inject, nurse cakap adik tak cukup berat, bmi pun dah dekat kuning, tapi so far perkembangan adik sangatlah memberangsangkan. Mungkin nurse tak dengar kot, mummy cakap adik baru baik denggi... Macam manalah tak susut, makan tak nak... time denggi tula kan.. takpelah... so far... adik dah jalan stabil, dah faham arahan no, bila panggil pun adik dah datang... gigi dah ada 4 batang.... dah pandai tepuk tangan... pandai salam sikit-sikit dan ... dah pandai main dengan abang... mummy pun dh start bagi adik bubur tak blend... pandai pulak tu dia telan dengan gigit... suka mummy... sebelum ni dok la bawak keluar nasi tu... pelik kot ada benda kecil-kecil dalam mulut... hehehe.. Alhamdulillah masih lagi fully bf. Hopefully dapat teruskan sehingga dia 2 tahun. In shaa allah. perkembangan dia yang paling ketara adalah.... dia dah pandai sepak bola.... muahahaha... dok tengok je abang dengan daddy main... rupanya dia tengah menghafal skill... uhuk...uhuk...

    Flashback balik perkembangan adik firzan...

    3 bulan : pandai pusing dah... Pandai capai mainan.

    4 bulan : Pandai mengesot-ngesot... sokmo la ngundur...

    5 bulan : Pandai merangkak. Alhamdulillah. Dah start masuk semua mainan dalam mulut.

    6 bulan : Start solid food.

    7 bulan : Dah start berdiri pegang furniture.

    8 bulan : Dah start berjalan sambil pegang furniture.

    9 bulan : Dah pandai turun katil sendiri.. dah start panjat tangga... huhu.. Pandai buka laci semua...

    10 bulan : Adik dah pandai jalan sikit2.. cuma tak pandai berdiri sendiri lagi..

    11 bulan : Dah keluar bunyi mamamamama... time nangis jerkkk.. T_T. Dah pandai berdiri sendiri dan jalan... gigi baru keluar, sekali keluar ambikkkk 4 batang terus. 2 atas, 2 bawah...hehehe.. dah pandai kejar kucing.

    12 bulan : Alhamdulillah... Jalan dah stabil. Start bubur without blend. Dah pandai salam, tepuk tangan, tunjuk itu ini.... In shaa allah... chaiyok ye dik...

    So far perkembangan adik takde yang ketinggalan. Sangat maju adalah. So saya tak nak la risau pasal badan dia yang kurus dan tak cukup berat tu.

    p/s : Thank u for this greatest gift ever.

     


    Posted at 11:41 am by irtsalus
    Komenz!  

    Sunday, March 09, 2014
    Tragedi MH370 ~ Malaysian Airlines

    Assalamualaikum,

    Terkejut dan sedih, tu jer yang dapat saya katakan, hanya doa yang dapat saya panjatkan. Semoga misi mencari dipermudahkan, jika ada mangsa yang terselamat, lindungilah mereka, jika terkorban, semoga syurga tempat mereka (bagi yang muslim).

    Bersabarlah ibu dan ayah, bertabahlah kakak dan abang, pakcik, makcik dan saudara-mara sekalian. Berdoalah tanpa putus untuk keselamatan mereka. Pertama kali dalam sejarah Malaysia. Allahuakhbar.... mengucap panjang saya, masa first time dengar berita tersebut. Macam tak percaya boleh terjadi dekat Malaysia. Terlalu banyak harapan di dalam hati supaya semuanya selamat.

    Malam tadi berborak dengan mak mertua, teringat diorang tragedi kapal terbang terhempas dekat Tanjung Kupang yang meragut nyawa ramai pegawai atasan kerajaan, rakyat malaysia dan juga adik kepada makcik ipar saya. Tapi terhempasnya kapal tersebut di Tanjung Kupang adalah disebabkan kapal di hijack. Oleh siapa? saya tak tahu. Saya tak korek sampai habis. Mungkin orang-orang tua kita masih ingat lagi kejadian tersebut. Boleh baca selanjutnya di

    http://www.hmetro.com.my/articles/2014030903362420140309033624/MA/Article

    Dah masuk hari ke berapa, tiada langsung tanda-tanda, lokasi kejadian pun belum lagi dijumpai...

    p/s : Pray for MH370 pleaseeee...

     


    Posted at 10:17 am by irtsalus
    Komenz!  

    Tuesday, March 04, 2014
    A hectic week ~ adik firzan kena denggi pulakk

    Assalamualaikum...

    Last 2 week, ngam-ngam hari ahad baru balik dari rumah atuk yong peng, pagi isnin adik firzan terus demam, demam pun sebab malam tadi kena gigit nyamuk dekat muka, kaki dengan tangan. Ingatkan demam biasa jer. Tapi petang hari selasa lepas makan, macam biasa dia akan lepak-lepak atas rocker dia, then pandai turun sendiri, tapi haritu lain sikit, duk melepek je atas tu, dengan tak semena-mena tetiba je dia muntah. Lepas muntah cepat-cepat pergi basuh dia, yang jadi isunya sebab tetiba je dia macam kena fit(sawan), sebab muka dok la pandang sebelah kanan je, then tangan kanan pun menumbuk2 muka, tapi mulut berbunyi-bunyi. Terus angkat dia pergi sinki, letak kepala bawah kepala paip, terus basuh kepala dia... memang tak keruanlah time tu.. memang tak boleh nak berfikir dah... takut yang amat...

    Call daddy cepat-cepat suruh balik, terus bawa pergi klinik pakar kanak-kanak. Nasib baik klinik pakar kanak-kanak dah buka dekat nilai ni. Sampai-sampai masuk, doktor terus ambil temperature and terus masuk ubat bontot.... Bila mummy cerita kronologi apa yang berlaku petang tadi, terus doktor suggest pergi hospital sebab doktor pun suspect fit. Tapi yang peliknya, budak kalau fit dia tak berbunyi, yang adik ni mulut berbunyi merengek. Doktor pun pelik, tapi still doktor kata fit cuma maybe bukan fit yang teruk. Terus doktor tulis surat recommendation ke hospital. Kami pilih putrajaya sebab dekat. Balik rumah, makan, packing, siap-siap, terus pergi hospital.

    Dekat hospital, doktor amik darah then tunggula sejam lebih untuk result darah tu. Time tu takde suspect denggi lagi, just fever higher temperature. Memang warded. Masa warded la, darah adik kena ambil setiap hari, tengok trend darah putih makin lama makin turun ke paras paling last 130. Tu yang doktor terus kata denggi. Dengan demam yang belum kebah lagi, memang kena stay la sampai demam turun. Selagi demam tak turun, selagi tu la tak bole balik. Alhamdulillah tiada komplikasi lain selain tu. Duduklah kat dalam ward tu dari selasa malam rabu sampailah tengah hari sabtu... huhuhu.... lama benor mummy rasa duduk dekat ward tu, macam sebulan... sebabnya sepanjang-sepanjang duduk dalam ward, asal malam je adik firzan tak bole tido, merengek tak sudah...naik give up tau mummy dik... mungkin sebab suhu badan panas, lepas tu satu lagi, tangan dua-dua sakit kene cucuk jarum. Sebelah kanan ambil darah, mummy tengok ada 8 bekas cucukan jarum kat situ, last cucuk jarum, bekas yang paling ketara, gamaknya cari urat darah adik tak jumpa kot... Sebelah kiri pulak cucuk masuk air... selamba je mummy tengok nurse-nurse tu main masuk je air masa awal-awal nak cucuk.... sakit tau tak.... terkenang-kenang masa mummy kena tahan wad masa denggi, pregnant dulu... kita yang besar ni pun tak tahan, apa tah lagi baby... haishhhh... siannnn adik....

    Merengek je adik, tido pun nak berkepit jer..

    Atuk datang hari jumaat baru nampak dia senyum... rindu betul mummy dengan senyuman adik...

    Nasib baiklah adik firzan fully bf, sebab mummy dah pernah kena denggi masa preggy kan abang firas, so dalam badan mummy dah ada antibodi. Hari sabtu discharge, petangnya start naik bintik2 merah dekat muka firzan. Esok paginya dekat badan pulak. Dahla mummy suruh daddy pergi cari ketam tak jumpa-jumpa, giant, tesco, pasar tani, pagi pun tak dok... gamaknya ramai benor org yang cari ketam. Yang best nyer semua macam dok pakat cakap benda yang sama, petang or malam baru ada bang.... Nak buat camna, petang tu jugak daddy shoot pergi giant beli ketam. Alhamdulillah, rezeki adik. besar pulak tu ketam dia. Yang penting fresh, sebab baru sampai kan... Makan ketamlah mummy ahad malam isnin. Yang best nyer lagi sebab daddy yang masak. Ketam masak sambal merah campur dengan telur.. Memang marvellous, sehingga menjilat jari. Lagi sedap daripada makan ketam dekat tasik idaman yang kena sampai rm80 hinggit... hehehe... tq daddy... ada ketam lebih, esoknya mummy buat sup ketam pulak... adik pulak, makan ketam melalui bf jerkkk... hehehe... sonang....

    p/s : Remuk redam hati mummy tengok tangan adik kena cucuk. Macam manalah perasaan ibu-ibu yang baby dia berselirat wayar-wayar...erm...


    Posted at 12:56 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Wednesday, February 19, 2014
    ~ Muhammad Firzan Shah - 11 month old ~

    Assalamualaikum,

    Alhamdulillah, adik firzan sudah pun 11 bulan. Banyak perkembangan dia setakat ni. Yang paling ketara dah start berdiri sendiri dan berjalan tanpa pegang perabot dan tanpa bantuan mummy. Alhamdulillah... cepat jugakkk ko ye dik... Tapi merangkak masih belum dilupakan sepenuhnya, sebab berjalan tak stabil lagi. Tapi memang gigih betul adik practice berjalan siang malam. Kecuali dah penat baru kembali merangkak.

    Selain itu, dah keluarkan word mamamamama dari mulut dia... hehehe suka...suka... daddyla ni yang perasan.. tetiba je daddy kata adik firzan dah pandai cakap mamamama. Tapi yang tak bestnyer, dia panggil mamamam time dia menangis cari mummy jerrrrkkkk... :( . Time lain tak dok... adeh... takpelah dik, slow-slow mummy ajar adik yer...

    Macam abang dia jugak... awal-awal dah keluar jari 1 malaysia... dah pandai tunjuk itu ini.. nanti mummy ajar adik tunjuk binatang-binatang dalam book ye. In shaa allah, semoga mummy diberi kelapangan dan kesabaran yang tinggi untuk mengajar adik firzan dan abg firas. haihhhh...

    Rancangan kesukaan adik firzan of course la Hi-5.. Siap goyang-goyang badan macam menari kalau dengar lagu Hi-5 tu. Yang paling dia suka lagu robot, lagu wishing star. Lagi satu, gigi dia dah keluar 4 batang (2 atas, 2 bawah)... patutlah kalau bila bf kan dia, terasa ada bende comel-comel kecil-kecil tengah menggigit..hehehe

    Macam-macam adik firzan

    p/s : Tak sabar nak tengok dua orang panglima ni main berkejaran...

     


    Posted at 02:23 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Friday, February 14, 2014
    He's journey of becoming the Big Brother.

    Mummy, adik makan ape tu?

    Mummy, adik panjat tangga.

    Mummy, adik keluar.

    Mummy, adik muntah.

    Mummy, adik buat ape tu?

    Mummy, adik itu.... mummy, adik ini....

    Alhamdulillah, sangatlah boleh diharap abang firas untuk jaga dan tengok-tengokkan adik <- walaupun most of the time dia jugak yang dengki dengan adik dia tu... Tapi so far, kalau ada apa-apa berlaku pada adik dia, memang dialah informer mummy. Bab ni, sangatlah boleh diharap. Syukur sangat.

    Pandai buat adik dia gelak ketawa sampai terbahak-bahak. Walaupun selalunya dialah juga yang buat adik dia menangis sepanjang masa. Masalahnya bila adik dia dah melalak dia juga yang marah tak suka tengok adik dia menangis. <- marah suruh diam dengan nada menjerit. Abang firas belum pandai lagi pujuk adik slow-slow. :(

    Whatever pun abang firas, terima kasih sebab tolong mummy jaga dan tengok-tengokkan adik.

    p/s : Mummy sayang abang firas ketat-ketat...


    Posted at 02:33 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Thursday, February 13, 2014
    Latih anak kecil urus diri sendiri

    JIKA situasi ini sedang melanda diri anda, pasti naluri keibuan sedikit gusar lebih-lebih lagi apabila melihat anak rakan-rakan lain yang sebaya sudah pandai menguruskan diri ketika hendak membuang air kecil atau besar.

    Keadaan anak-anak kecil yang masih mengenakan lampin pakai buang atau bergantung kepada ibu bapa untuk 'urusan' ke tandas pada usia di mana mereka sepatutnya sudah boleh melakukan sendiri, bukan setakat menggusarkan malah turut memberi kesan kepada perkembangan dan psikologi kanak-kanak tersebut.

    Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, seeloknya kanak-kanak apabila mencecah usia dua tahun ke atas sudah boleh dilatih dan didedahkan dengan cara-cara menguruskan diri kerana ketika itu mereka sudah faham serta mengenali bahagian anggota badan masing-masing.

    "Biasanya kanak-kanak seusia ini cuma tidak tahu cara-cara membuang air kecil atau besar di tandas dan melakukan sendiri proses membasuhnya dengan cara yang betul kerana selama ini bergantung pada lampin pakai buang atau diurus oleh ibu dari mula sehingga akhir.

    "Untuk melatih melakukan sendiri, pada peringkat awal ibu bapa boleh mendedahkan mereka dengan cara membuang air besar dengan mencangkung atau duduk.

    "Kemudian pendedahan menggunakan tangan yang betul untuk membasuh najis mereka. Latihan yang berterusan akan membantu mereka berjaya dalam usaha ini," jelasnya.

    Tambah Dr. Mariani lagi, bagi membuatkan proses latihan lebih berkesan, seeloknya ibu bapa melakukan demonstrasi terlebih dahulu agar anak-anak kecil mudah untuk mempelajari dan mengikut.

    "Langkah pertama, ibu atau bapa bersama-sama anak tersebut tunjuk sendiri cara hendak duduk untuk membuang air besar atau kecil.

    "Praktikkan cara tersebut kepada mereka apabila mereka mengadu untuk membuang air. Ajar juga mereka untuk mengepam tandas setelah selesai.

    "Seterusnya, apabila mereka sudah diyakini dapat mempelajari proses tersebut, ibu atau bapa masih perlu memantau dengan mengikut mereka ke tandas bersama-sama tetapi proses mencuci tersebut biar mereka yang lakukan sendiri. "Bantu mereka jika anda mendapati keadaan tidak terkawal," jelasnya. Dr. Mariani menambah, proses tersebut seeloknya dilakukan berterusan sehingga sebulan sama ada dipantau oleh ibu bapa atau mendapat bantuan daripada pembantu rumah.

    "Apabila kanak-kanak didapati sudah pandai menguruskan sendiri proses tersebut, seterusnya anda hanya perlu memantau anak-anak dari jauh tanpa menggunakan bantuan fizikal.

    "Teruskan memantau mereka dalam tempoh ini tanpa menggunakan fizikal tetapi berikan arahan dan perhatian apabila mereka memerlukan bantuan," katanya.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140206/ke_01/Latih-anak-kecil-urus-diri-sendiri#ixzz2sfmuDwWB © Utusan Melayu (M) Bhd


    Posted at 12:12 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Friday, February 07, 2014
    Mengawal anak mengamuk

    Pernahkah anda mengalami keadaan anak-anak yang mengamuk. Tidak semena-mena dia menjerit, membaling barang-barang yang ada, sukar untuk dipujuk dan sebagainya.

    Anak yang sedang mengamuk bagaikan seorang yang hilang kawalan, sebenarnya sedang menghadapi badai dan taufan dalam emosinya. Dia memerlukan seseorang yang lebih bijak untuk membawanya keluar daripada keadaan itu dengan selamat.

    Sebagai ibu bapa, anda pula tidak harus hilang kawalan saat itu, kalau tidak pastinya akan mengeruhkan lagi keadaan. Sekiranya anda memarahi anak secara melulu, menengking dan menjerit kepada mereka, tidak akan memberi kesan yang positif bagi jangka panjang. Pada awalnya memanglah mereka akan nampak diam dan nampak seperti mendengar kata, tetapi hati dan jiwa mereka tercalar.

    Dalam situasi seperti ini perlunya nilai-nilai kepimpinan dalam diri ibu dan bapa untuk mengendalikan keadaan. Jika mereka tidak faham tindakan anda dan pertalian anda dengan mereka tidak rapat, apabila mereka semakin besar mereka tidak lagi menghormati anda. Ini kerana anda tidak menunjukkan kepada mereka yang anda boleh mengawal keadaan dengan tenang dan tegas, penuh hormat dan kasih sayang serta tidak melukakan emosi dan jiwa mereka.

    Memang kita geram dengan perangainya pada ketika itu, tetapi ingatlah bahawa anak kita itu tidak dilahir sememangnya degil dan jahat atau suka mengamuk dan akan mengamuk hanya untuk menyakitkan hati ibu bapa yang dia sayang.

    Fikir-fikirkan kembali mengapa pula dia hendak menjadi degil? Adakah hanya kerana dia sememangnya dilahirkan degil dan berperangai seperti hantu?

    Adakah mereka ini keturunan Adam A.S yang taat dan kasih kepada Allah atau keturunan iblis yang tidak mahu taat kepada Allah? Jawapan soalan ini memberi anda kesedaran betapa tidak baiknya kita bersangka buruk terhadap anak kita apabila mereka lemah pada ketika itu.

    Jika kita fikir sejenak, memang tidak logik untuk kita memikirkan anak kita ini mengamuk hanya kerana memang itu tabiatnya. Itulah sebabnya, apabila kita mengawal diri kita, kita boleh tahu, anak ini mungkin letih, mungkin rasa tidak dikasihi atau keletihan sehingga dia hilang kawalan emosinya.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140206/ke_02/Mengawal-anak-mengamuk#ixzz2sfmd7wuL © Utusan Melayu (M) Bhd


    Posted at 12:09 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Tuesday, January 28, 2014
    Cabaran Didik Anak

    Assalamualaikum,

    Bila dah ada anak time inila baru terbayang mak saya... saya mempunyai adik beradik yang ramai iaitu 8 orang. Dengan mak saya bukanlah suri rumah. Mak bekerja dan menguruskan rumah tanpa maid. Bayangkan macam mana mak kita handle kita dulu, boleh ke kita?? But yes, mak saya mulut memang suka membebel, kalau duk umah teres tu, selang dua tiga buah rumah memang boleh dengar suara dia menjerit kat kami adik beradik.. saya tak tipu, sebab sampai ada satu hari tu jiran kami time tu sound kat saya dan adik "Dah pergi balik mak dah panggil suruh balik tu" huhuhu...memang dengarlah suara dia menjerit time tu. kami ni nama je semua perempuan(adik beradik saya 7 perempuan 1 lelaki) tapi perangai boleh tahan gak melawan... biasalah kan perempuan, selalu perang mulut, tarik rambut semua... heeeee.. kalau lelaki lain pula peel nya. huhuhuhu... tapi mak sekarang dah slow down. Mungkin sebab kami pun dah besar2. Dah takde dah tarik2 rambut, perang2 mulut bagai... Alhamdulillah Berkat doa ibu saya, adik beradik saya semuanya lulusan U. Belum ada lagi yang tercicir pelajaran. In shaa allah...

     

    Tapi bukan itu yang saya nak cerita. Tapi saya nak cerita, boleh ke saya jadi macam mak saya? Boleh ke saya didik anak2 saya nanti sampai semuanya berjaya tanpa ada seorang pun yang tercicir.. cabaran untuk ibu muda(mudalah sangat) seperti saya dalam mendidik anak dalam dunia IT serba canggih ini...haish..... Susah nak kawal kehidupan anak zaman sekarang, kalau dekat rumah kita boleh kawal tak nak anak terlibat dengan gadjet2 ni semua, tapi dekat sekolah, macam mana kita nak kawal. Confirm2 tengok member ada, dia pun akan "terminta" juga kan.

     

    Saya ingat lagi member saya bercerita perihal anak buah dia. Anak buah dia ni bersekolah di sekolah biasa, tapi disebabkan area sekolah tu dikelilingi oleh rumah2 banglo, jadinya budak2 yang datang sekolah tu antaranya budak2 'loaded' la juga. So satu hari tu, anak buah dia bagi tahu dekat kakak member ni, "Ibu, semua kawan 'me'(bukan nama sebenar) ada handset, bila 'me' nak ada handset?" boleh bayangkan budak tahun 1 minta handset? huhuhu... time ni ibu aka kakak member tadi menjawab "Wah, kecil2 lagi dah nak ada handset? takde2 tu kawan 'me', biar dia, tapi 'me' tak boleh!!" Mujur anak dia jenis dengar kata Alhamdulillah, dibuatnya anak dia jenis yang berguling2 atas tanah sebab tak dapat apa yang dihajati, tak ke naya jer... huish... Tu baru budak umur 7 tahun tu. Bayangkan yang dah berumur berbelas tahun. Boleh ke saya menolak permintaan anak saya nanti?? ishhh... sekarang pun dah bagi dia tab, aduiiii...

     

    p/s : Susahnya jadi ibu. Kena semangat yang kental dan of course tegas. :p

     


    Posted at 10:17 am by irtsalus
    Komenz!  

    Next Page