irtsalus
Female
Malaysia
Blogger since 2004

Mine : Thursday 17 SHawwal 1403 A.H.
(28 July 1983)


Hubby: Thursday 2 RamaDHaan 1402 A.H.
(24 June 1982)


Proposal :
04-10-2009 ( 04 syawal 1429/04-10-1429 )

Engagement :
08-12-2009 ( 10 zulhijjah 1429/10 -12-1429 )

Marriage :
18-12-2009 ( 01 Muharram 1430/01-01-1430 )


Simple but obstinate, patient but pushy, tender and soft but stubborn....

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers
   


<< February 2013 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28


Disclaimer

This blog speak my mind out,
so if you don't like it, don't bother to read it.
And I don't mind if you don't.
Give respect to others to gain it.





Short term wish List


- buy a baby monitor
- kitchen cabinet
- Guest room furniture
- guest room aircond
- buy water heater
- buy chandelier
- Bathroom accessories
- Wall frame
- Wallpaper/sticker
- Firas's room makeover
- New curtain

Long term wish list


- Plantation land
- Rental property
- New car




.:: mY fRenS LisT::.

|| AzIe ChuMeL || Mama Amani || WaNo || Mc HyE || NasRinA || YaniE || QuiYaH || LauRah || Kak IrMa || Linda mama rania || Uda Ateh || Nurul || Chemiema ||




.:: mY ReaD|nG L|sT::.

|| Sister Alia || mommy-germs || Blog anakkusayang || Blog Saiful Islam || Baby Center || Dunia Susu Ibu || Kelly Mom || My Super Kid || Dr.Muna || Pakar howTo || Feryco ||



.:: mY sHopp|nG L|sT::.

|| My Little Fabulous || Nurul Azham Shop || Little Whiz || Lily SecRet OvEn || Mudah.com || Superbid || Moms Bargain || de`HearT Online Kitchen || clothDiaperMommy ||



.::OthErs s|te L|nk ::.

|| friendster || UTM skudai || MSU Shah Alam || fsksm utm || gallery cybertarp || Abg DiN Pawaka || Photographer Fairus || Rumah Kebaya || g@mespot || Image Shack ||





Berikut produk-produk yang dikaitkan dengan negara yahudi ini:
1. Coca-cola
2. Huggies
3. River Island
4. MC Donalds
5. Clinique
6. Disney
7. Donna Karan(DKNY)
8. Starbucks
9. GAP
10. Garnier
11. Perrier
12. Kotex
13. Sanex
14. Jo Malone
15. Lancome
16. Libbys
17. Tchibo
18. Loreal
19. Mark & spencer
20. Klenex
21. Maybelline
22. Nestle
23. Vittel
24. Revlon
25. Wonderbra
26. Loreal
27. Hugo Boss
28. Ralph Lauren (POLO)
29. Adam Sandler
30. Elizabeth Taylor
31. Nicholas Cage
32. Barbara Streisand
33. Mont Blanc
34. Google/Gmail/Gtalk
35. Fotopages
36. AOL
37. Carefourre
38. Watson
39. Facebook



Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year


How to make a suri
Ingredients:
5 parts success
1 part humour
1 part joy
Method:
Add to a cocktail shaker and mix vigorously. Add a little lustfulness if desired!




.:: OtheRs ::.

Your Ad Here







  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Sunday, February 10, 2013
    Anakku stres!

    Anakku stres!

    Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
    afzan@nstp.com.my
    2012/02/14

    Tekanan tidak ditangani sejak kecil boleh melarat sehingga dewasa

    ANAK anda berusia 10 tahun tetapi sikapnya panas baran. Bukan setakat mengeluh, mengucap dan berbuih mulut anda menasihatinya tetapi sikapnya tetap sama. Bukan setakat itu saja, malah dia mudah naik angin, merosakkan barang dan menangis. Persoalannya, apakah ia sesuatu normal?

    “Tidak,” ringkas jawapan Pakar Perkembangan Pendidikan Kanak-kanak yang juga Penolong Profesor di Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, yang mengaitkannya masalah yang menjurus kepada tekanan.

    “Sekiranya anak-anak didapati tidak dapat mengawal tekanan, ibu bapa perlu mencari penyelesaian dengan mengenal pasti punca berlakunya tekanan kepada anak-anak dan memahami tanda yang menunjukkan anak tertekan.”

    Ini, katanya, boleh dilakukan dengan bantuan psikiatri. Kanak-kanak yang tidak dibantu mengawal tekanan, boleh mendorong berlakunya masalah tingkah laku yang mungkin dibawa hingga ke dewasa. Jika keadaan berlarutan dan semakin teruk, anak-anak boleh dirujuk kepada ahli psikologi klinikal atau doktor psikiatri di wad kanak-kanak. Perlu diingatkan, merujuk psikiatri bukan bererti anak berhadapan masalah terlalu besar, sebaliknya langkah awal menangani dan mengetahui punca.

    Apa juga perkataan atau ejaannya, tekanan atau ‘stres’ memiliki maksud yang sama. Setiap individu darjah tekanan berbeza, sama ada banyak atau sedikit dan dikawal dengan baik atau sebaliknya.

    Untuk dewasa, tekanan dialami mungkin boleh dikurangkan menerusi aktiviti bersukan dan berbual-bual dengan teman. Kanak-kanak yang masih kecil, berharap sepenuhnya kepada ibu bapanya, tidak banyak boleh dilakukan selain daripada menangis dan mohon simpati bagi meraih perhatian.

    Bagi ibu bapa yang tidak dapat memahami erti tekanan dialami si kecil, mereka kerap kali melabelkan bahawa mereka ‘degil’, mengada-gada atau buat perangai.

    “Tekanan membawa maksud sama bagi orang dewasa, tetapi orang dewasa ‘tidak melihat sesuatu tekanan berlaku di kalangan kanak-kanak’ sebaliknya melihat tabiat seperti menangis dan merajuk itu adalah ‘perangai biasa kanak-kanak’.

    “Tekanan juga tidak ada sempadan usia. Satu kajian mengenai kaitan antara tekanan dengan perkembangan otak mendapati hormon stres cartisol ada ketika kandungan berusia 17 minggu. Ia boleh terjadi menerusi pendedahan stres yang dialami oleh ibunya. Bila ibunya berasa tertekan yang teramat sangat, ia akan menghasilkan hormon cortisol berkenaan.

    “Buruknya, kesan tekanan itu kerana ia boleh memberikan kesan kepada saraf dalam otak janin yang boleh menyebabkan perkembangan kecerdasan atau IQ menjadi rendah. Sebab itulah orang selalu kata ibu hamil tidak boleh tertekan sebab ia boleh beri kesan pada kandungan,” katanya.

    Apabila otak bayi menerima stimulasi berlebihan terhadap stres dan apabila otak yang menerima input fizikal dan emosi diabaikan (iaitu dengan membiarkan bayi menangis sendirian berulang kali), bayi berpotensi menghadapi Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) 10 kali ganda berbanding bayi biasa.

    Malah kajian juga mendapati kesihatan intelektual dan sosial bayi tidak berkembang dengan sihat manakala ahli neurobiology pula mendapati hormon ini dapat mempengaruhi perkembangan minda bayi.

    Apa punca stres? Dr Mastura berkata ia disebabkan pelbagai faktor. Sama ada dianggap kecil oleh orang dewasa seperti lapar, terkencing dalam seluar atau yang besar seperti perceraian ibu bapa, berpindah sekolah atau kawasan tempat tinggal baru dan sebagainya.

    “Asal saja ia menimbulkan rasa tidak selesa atau tidak menyeronokkan, ia adalah punca berlaku tertekan dalam diri kanak-kanak. Sayangnya ibu bapa mungkin tidak menyedari sesuatu itu membawa rasa tertekan kepada anak-anak, sebaliknya dianggap biasa. Lebih malang apabila ibu bapa beranggapan anak degil dan tidak mahu mendengar kata,” katanya.

    Tanda-tanda tekanan pula, kata Dr Mastura, adalah pelbagai kerana tidak menunjukkan perubahan nyata. Namun, perubahan sikap daripada pendiam kepada kuat bercakap atau sebaliknya, kerap sakit perut dan sakit kepala, mengigau ketika tidur adalah antara tanda-tanda jelas.

    Jika anak mengadu berkaitan perkara itu, ibu bapa perlu mengambil tindakan segera bertanya kerana kanak-kanak mungkin tidak tahu bagaimana untuk menerangkan masalah dihadapi itu.

    “Saya pernah berhadapan dengan kes seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang berhadapan masalah kencing malam. Sukar mengorek cerita daripada mulut kanak-kanak itu. Akhirnya si ibu bertanya sendiri dengan kawan baik anaknya. Rupa-rupanya anaknya berhadapan masalah dibuli dan apabila masalah itu selesai, anaknya tidak lagi kencing malam,” katanya.

    Persekitaran baru termasuk memasuki Tahun 1 contohnya juga boleh juga menimbulkan tekanan pada si kecil. Apabila secara tiba-tiba persekitaran menjadi serba baru. Kalau sebelum ini mereka hanya berada di tadika sekerat hari, tiba-tiba bila masuk sekolah dirasakan waktu persekolahan terlalu lama.

    “Mereka mungkin terfikir kenapa buka mata saja kena sekolah? Kena berdisiplin. Mereka boleh tertekan dengan perubahan itu tetapi kebanyakan ibu bapa memikirkan masuk sekolah Tahun 1 adalah sesuatu yang biasa dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan satu masalah. Kerana mungkin ibu bapa mereka juga dulu tidak pernah bercerita mengenai hal berkenaan (suasa baru di sekolah).

    “Lebih daripada itu sebahagian besar kita mengambil berat mengenai hal ehwal psikologi itu sendiri dan berharap sebarang perubahan yang baik itu diketahui anak itu sendiri tanpa diberitahu, sedangkan kanak-kanak perlu diberitahu,” katanya.

    Sebagai contoh, katanya, ibu bapa mungkin boleh melukiskan peta ringkas perjalanan dari rumah ke sekolah. Menceritakan keadaan bersekolah dan berhadapan kawan baru.

    Mengambil contoh di negara maju United Kingdom, Dr Mastura berkata, kebanyakan tadika akan melakukan ‘waktu peralihan kelas’ pada bulan terakhir persekolahan sebelum sesi baru bermula bagi kanak-kanak yang akan memasuki Tahun 1.

    Menegaskan mengenai kepentingan psikologi, Dr Mastura berkata, kanak-kanak yang mengalami stres dan tidak ditangani dengan baik, atau membiarkan mereka hidup dalam tekanan boleh menyebabkan mereka mengalami masalah tingkah laku termasuk masalah disiplin termasuk vandalisma atau nakal.

    “Perbincangan dalam keluarga amat perlu kerana kanak-kanak hari ini suka bertanya. Ada ibu bapa mengadu kandang-kala anak-anak terlalu kerap bertanya sampai dia sendiri malas menjawabnya apatah lagi bila baru saja pulang daripada kerja. Tetapi janganlah sampai begitu. Sebaliknya jelaskan kepada anak-anak, Mama penat baru balik kerja, kita berbincang sekejap lagi.

    “Dengan itu kanak-kanak akan faham. Yang penting kita perlu didik dan beritahu kerana kalau tidak, anak-anak akan menganggap ibu bapanya tidak sayang kepada dirinya,” katanya.

    INFO: Urus tekanan

    KELEBIHAN didik anak urus tekanan sendiri bukan saja memudahkan anda, sebaliknya membentuk mereka menjadi insan lebih bahagia dan kurang stress. Kerja sekolah yang semakin banyak, peperiksaan selain hubungan bersama rakan sebaya adalah cabaran yang tidak dielakkan daripada dihadapi. Apabila kanak-kanak sedari kecil dapat mengawalnya dengan baik, besar kemungkinan mereka menjadi anak-anak cemerlang dalam hidup.

    Bernafas - Tarik nafas adalah pelega paling baik dalam mengawal rasa tertekan selain mengelak daripada berhadapan dengan masalah dalam cara yang akan mewujudkan tekanan tambahan untuk diri mereka sendiri atau orang sekeliling.

    Melukis - Melukis boleh jadi cara si kecil menyampaikan maklumat. Ia turut bertindak mengalih perhatiannya untuk jadi lebih tenang.

    Komunikasi - Bertanya dan ajak si kecil bercakap mengenai masalah dihadapi itu. Jangan buat tidak endah sebaliknya lihat matanya ketika bercakap.

    Bersukan - Bersukan turut menguatkan otot dan ia amat disenangi anak-anak. Bermain lari-lari umpamanya bukan saja lebih sihat sebaliknya mengelakkan daripada rasa tertekan.

    Sentuhan - Urutan bahagian belakang badan dapat melegakan sesiapa saja, tidak terkecuali si kecil. Urut bahagian belakangnya sudah cukup menyerlahkan sisi ambil berat dalam diri anda terhadap dirinya.

    Makanan - Makanan bergula serta makanan ringan yang mempunyai MSG menyebabkan kanak-kanak mempunyai tenaga berlebihan dan selalunya kanak-kanak kerap diberikan makanan sebegini lasak. Bila mereka disuruh duduk diam mereka akan memberontak atau stres.

    Optimis - Stres antara cabaran hidup dan manusia tidak dapat lari darinya, tetapi individu perlu tahu menanganinya dengan cara yang betul dan optimis. Galakkan di kecil untuk bertahan dan mengambil risiko kerana ia boleh membantu mereka membesar menjadi orang dewasa yang gembira dan sihat.

     


    Posted at 09:55 am by irtsalus

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry